Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

14) IMPAK BREXIT

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauhmanakah impak Brexit terhadap perkembangan ekonomi negeri?

    Secara dasarnya Brexit tidak membawa impak negatif yang besar ke atas pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor kerana impak Brexit lebih tertumpu kepada UK dan Negara-Negara Eropah. Aktiviti perdagangan Malaysia lebih tertumpu kepada kepelbagaian eksport ke Negara China, India dan Timur Tengah. Oleh itu impak negatif Brexit kepada ekonomi Malaysia dan Selangor khususnya adalah minimum.

    Berdasarkan statistik kelulusan projek-projek perkilangan di Selangor daripada tahun 1987 hingga Mac 2016, pelabur – pelabur utama yang melabur di Negeri Selangor adalah para pelabur daripada Jepun (RM 24.235 bilion), Amerika Syarikat (RM 14.676 bilion), Singapura (RM 10.666 bilion), Jerman (5.695 bilion),

    Taiwan (RM 4.207 bilion) dan Korea (RM 3.735 bilion). Manakala pelabur daripada United Kingdom berada ditangga ke tujuh sebagai pelabur utama di Negeri Selangor dengan pelaburan bernilai RM 2.356 bilion.

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan mengkaji samada Brexit akan membawa impak yang positif kepada Negeri Selangor kerana United Kingdom akan mencari ruang dan peluang pelaburan di luar Eropah selepas Brexit.

  2. Apakah mekanisme untuk mengekal tahap ekonomi negeri jika berlaku sebarang ketidaktentuan ekonomi global seperti Brexit?

    Bagi mengekalkan tahap ekonomi dan mengekalkan sektor perindustrian dan perkhidmatan sebagai penyumbang terbesar kepada KDNK Negeri, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan seperti berikut;-

    • Menyediakan pelan perancangan strategik sektor perindustrian. ii. Memperkukuhkan peranan agensi penggalakkan pelaburan seperti Invest Selangor bagi membantu sebagai pemudahcara pelaburan kepada para pelabur.
      • Memperkasakan Unit Pelaburan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu pihak pelabur diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan.
    • Memastikan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) diadakan sekerap mungkin di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi menyelesaikan isu-isu pengurusan dan penyelenggaraan kawasankawasan industri.
    • Menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif dengan membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan peruntukkan MARRIS bagi menyelenggara kawasan – kawasan perindustrian yang sedia ada. vi. Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju swasta.
    • Pihak Kerajaan Negeri menggalakkan pembukaan kawasan perindustrian baru yang berkonsepkan Managed Industrial Park dengan konsep Gated and Guarded.
    • Membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB EXCO.
    • Initiatif e-commerce bagi membantu usahawan tempatan melebarkan pasaran produk keluaran mereka.
    • Invest Selangor Talent initiative – menjalinkan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan bagi membantu para pelabur mendapatkan sumber tenaga kerja mengikut kemahiran yang diperlukan.
    • Invest Selangor Advisory Network – menjalinkan kerjasama strategik dengan penyedia perkhidmatan profesional bagi memberikan perkhidmatan kepada pelabur yang memerlukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.