Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

30) ILTIZAM SELANGOR SIHAT

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperluaskan penggunaan kad Iltizam Selangor Sihat untuk pemeriksaan ultra sound bagi ibu-ibu mengandung?

    Kerajaan Negeri sentiasa cakna akan keperluan golongan kurang berkemampuan dalam mendapatkan rawatan asas dengan lebih selesa dan cepat. Justeru, pengenalan program Iltizam Sihat Selangor (ISS) yang memberikan manfaat rawatan asas kepada individu berkelayakan sehingga RM500 setahun merupakan satu langkah Kerajaan Negeri bagi keperluan tersebut.

    Untuk makluman Yang Berhormat, pemeriksaan ultra-sound adalah termasuk di bawah senarai-senarai manfaat rawatan pesakit luar Program ISS tertakluk kepada had berjumlah RM70 bagi satu sesi atau rawatan. Pemeriksaan ini turut bergantung kepada ketersediaan perkhidmatan yang ditawarkan melalui klinik-klinik panel yang berdaftar di bawah Program ISS.

Lampiran

Tiada Lampiran.