Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

123) ILTIZAM SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah indikator yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan program Iltizam Selangor mencapai tahap yang disasarkan?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sungai Burong, Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap golongan berpendapatan rendah yang terjejas akibat kenaikan kos sara hidup sejajar dengan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin meningkat setiap tahun.

    Menerusi pelaksanaan program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor, beberapa indikator yang digunakan bagi memastikan rakyat Selangor yang berkelayakan berpeluang menerima manfaat program. Salah satu indikator yang digunakan adalah kadar peningkatan atau penurunan bilangan penerima dari tahun ke tahun yang diselaraskan dengan jumlah peruntukan yang disediakan bagi memastikan bantuan disalurkan secara optimum.

    Selain itu keberkesanan program turut diukur melalui peningkatan taraf hidup penerima termasuk impak terhadap kesejahteraan ekonomi dan sosial serta pengurangan kadar kemiskinan. Pada masa yang sama kecekapan agensi pelaksana sebagai penyampai perkhidmatan kepada penerima juga turut menjadi salah satu indikator dalam memastikan penerima dapat menerima manfaat mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

  2. Apakah mekanisma yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan-golongan B40 dan M40 mendapat manfaat daripada program Iltizam Selangor tersebut?

    Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan pelbagai mekanisme bagi memastikan golongan B40 dan M40 mendapat manfaat daripada program Iltizam Selangor. Antaranya adalah mengadakan hebahan melalui media massa elektronik, bercetak, media sosial, edaran risalah melalui pelaksanaan pameran atau program-program yang dianjurkan oleh jabatan atau agensi Kerajaan Negeri.

    Bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan, Kerajaan Negeri juga menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, pemimpin komuniti, serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyebarluaskan maklumat dan membantu golongan sasaran dalam membuat perndaftaran permohonan program ISP. Di samping itu, pemantauan berkala dan penambahbaikan sistem penyampaian bantuan dilaksanakan bagi memastikan program ini terus relevan serta memberi impak yang optimum kepada rakyat Selangor. Melalui mekanisme yang dinyatakan di atas, bantuan yang disalurkan dapat dipastikan selaras dengan keperluan penerima.

Lampiran

Tiada Lampiran.