Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

379) ILTIZAM ANAK SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri Selangor telah mengkaji semula syarat-syarat permohonan Inisiatif Iltizam anak Selangor untuk kelahiran anak-anak Selangor yang lahir pada negeri bersempadan?

    Untuk makluman, tiada perubahan syarat bagi permohonan Insentif Iltizam Anak Selangor untuk kelahiran negeri bersempadan.

    Hal ini kerana kuota bagi Program ini adalah terhad kepada 30,000 kanak-kanak di seluruh Negeri Selangor sahaja, pada masa yang sama baki jumlah kuota yang ada hanya tinggal 5,848 permohonan sahaja sehingga Jun 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.