Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
355) ILTIZAM ANAK SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mohon cadangan kelonggaran syarat wajib kelayakan pada anak-anak yang lahir di negeri yang berhampiran dan bersempadan dengan Negeri Selangor.
Setakat ini Kerajaan Negeri masih mengekalkan polisi dan syarat pemohonan Iltizam Anak Selangor iaitu pemohon dengan kriteria bagi ibu/bapa/penjaga dan anak mestilah warganegara Malaysia, dilahirkan dan sedang menetap di Selangor.
-
Mohon cadangan peruntukan bagi Peduli Sihat yang tidak dituntut, dimasukkan atau dipindahkan kepada peruntukan untuk sumbangan kemasyarakatan secara tunai.
Kerajaan Negeri mengambil maklum dan mengucapkan terima kasih berhubung cadangan daripada Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan bagi program Peduli Sihat atau pada kini dikenali sebagai Iltizam Selangor Sihat (ISS) disalurkan kepada agensi pelaksana iaitu Selcare management Sdn. Bhd. secara berperingkat dan berdasarkan tuntutan semasa. Melalui kaedah ini, Kerajaan Negeri dapat memastikan peruntukan yang tidak disalurkan dapat digunakan bagi tujuan bantuan yang lain.