Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
20) ILTIZAM ANAK SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Daerah Sabak Bernam adalah bersempadan dengan Negeri Perak , kebanyakan anak-anak Selangor ini dilahirkan di hospital Teluk Intan dan secara automatiknya didaftrar dengan kod negeri ( 08 ) , setelah itu mereka tinggal dengan ibubapa mereka yang menetap di Sabak Bernam , Selangor.
-
Yang menjadi permasalahannya ialah mereka tidak mendapat manafaat Iltizam Anak Selangor kerana berstatus kod ( 08 ).
Apakah ada tindakan dan usaha pihak Kerajaan Negeri mengatasi masalah status anak-anak di sempadan negeri ini?Untuk makluman, Program Iltizam Anak Selangor ini menggunapakai syarat yang telah ditetapkan menerusi MMKN iaitu anak – anak yang lahir di Negeri Selangor. Syarat ini juga telah diselaraskan dengan mengambilkira jumlah peruntukan yang telah disediakan sebanyak RM3 juta sahaja dan untuk 30,000 permohonan sahaja. Walaubagaimapun, usul kelahiran di negeri bersempadan ini mungkin boleh dikaji semula untuk penambahbaikan Program ini pada masa akan datang.