Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

40) ILTIZAM ANAK SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah syarat wajib Iltizam Anak Selangor boleh diperluaskan kepada anak-anak serta ibu bapa yang lahir di negeri berhampiran dan bersempadanan dengan Negeri Selangor?

    Untuk makluman, Program Iltizam Anak Selangor ini menggunapakai syarat yang telah ditetapkan menerusi MMKN iaitu anak – anak yang lahir di Negeri Selangor. Syarat ini juga telah diselaraskan dengan mengambilkira jumlah peruntukan yang telah disediakan sebanyak RM3 juta sahaja dan untuk 30,000 permohonan sahaja. Walaubagaimapun, usul kelahiran di negeri bersempadan ini mungkin boleh dikaji semula untuk penambahbaikan Program ini pada masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.