Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

281) ILJAS (INSTITUT LATIHAN JATI DIRI SELANGOR)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status Pusat Latihan berkenaan?

    Pada masa kini, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan tindakan penyelarasan ke atas pusat-pusat latihan di bawah Kerajaan Negeri, termasuk ILJAS untuk ditambah baik dan diuruskan dengan berkesan supaya premis berkenaan boleh digunakan bagi tujuan latihan oleh Kerajaan Negeri. ILJAS dahulunya berfungsi sebagai pusat latihan dan bina insan kini akan berubah fungsinya sebagai pusat latihan bersepadu yang boleh digunakan secara bersama dengan masyarakat tempatan dan luar serta penjawat awam seluruh Negeri Selangor bagi program jati diri dan bina

     

    Pada masa ini, Pejabat SUK Selangor telah memohon daripada pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor (JKR Selangor) untuk menjalankan pemeriksaan komprehensif terhadap kerosakan serta tahap keselamatan struktur bangunan ILJAS. Penyelenggaraan dan baik pulih premis berkenaan akan dilaksanakan setelah menerima laporan pemeriksaan daripada JKR Selangor.

  2. Apakah pelan perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan serta membeli nilai tambah kepada penggunaan secara total pesat latihan berkenaan?

    Kerajaan Negeri dalam perancangan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan tersebut  dengan  pelbagai  program  latihan   yang  akan  dikendalikan   di bawah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Selain itu, Pusat Latihan tersebut akan dibuka untuk kegunaan Ketua-ketua Kampung yang akan diselaraskan bersama dengan Pejabat Daerah/Tanah Sabak

Lampiran

Tiada Lampiran.