Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
130) IKS AU3 DI TEPI SUNGAI
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
IKS AU3 telah melahirkan ramai Melayu berjaya. Dalam pada itu ia menjadi masalah kacau ganggu dan pencemaran sungai. Dipercayai sekiranya mereka diberi tempat dan kemudahan yang lain, potensi perniagaan pasti dapat ditingkatkan. Apakah rancangan kerajaan?
Semakan dan tindakan penguatkuasaan premis perniagaan yang beroperasi bersebelahan Sungai Klang dan IKS AU3 Keramat telah dilaksanakan pada 1 Disember 2020 hingga 4 Disember 2020 oleh Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan, Jabatan Kesihatan Alam Sekitar dan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MPAJ.
- Jumlah tindakan penguatkuasaan adalah seperti berikut :
Jumlah semakan premis adalah sebanyak 61 premis, 8 kompaun dan satu notis pembatalan lessen telah dikeluarkan
JUMLAH SEMAKAN PREMIS JUMLAH KOMPAUN DIKELUARKAN JUMLAH NOTIS PEMBATALAN LESEN DIKELUARKAN 61 8 1 - Jumlah kompaun dikeluarkan atas kesalahan syarat lesen dari tahun 2008 hingga 2021 kepada pengusaha IKS Keramat AU3 adalah sebanyak 41 kompaun :-
TAHUN 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015
Jumlah Kompaun – 1 – 2 10 3 2 1
TAHUN 2016 2017 2018 2019 2020 2021 JUMLAH KESELURUHAN KOMPAUN Jumlah Kompaun 1 2 4 2 10 3 41