Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

215) IKLAN UNIPOLE DAN BILLBOARD

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah hasil yang telah dikutip oleh pihak PBT MBPJ, MPSJ dan MBSA sejak tahun 2008 sehingga hari ini untuk permohonan pembinaan unipole dan billboard serta hasil lesen iklan mereka?

    Statistik kutipan hasil sewaan tapak paparan iklan dari tahun 2009 hingga 2012.

    Bil. Jenis Iklan   Tahun  
    2009 (RM) 2012 (RM) 2011 (RM) 2012 (RM)
    1. Billboard 10’ x 20’ 54,000.00 54,000.00 6,000.00
    2. Billboard 10’ x 40’ 392,000.00 409,500.00 593,400.00
    3. Billboard 40’ x 60’ 66,000.00 66,000.00 316,250.00 366,600.00
    Jumlah 66,000.00 512,000.00 779,750.00 966,000.00
    Jumlah Keseluruhan   2,323,750.00  
  2. Apakah jarak dari rumah kediaman yang digunapakai untuk kelulusan struktur seperti di (a) khasnya kes di ss15, ss17 dan ss18 Subang Jaya?

    Menurut Garis Panduan Struktur Papan iklan, anjakan minimum yang dibenarkan adalah berukuran 3 meter (10 kaki) daripada bahu jalan.

  3. Adakah pihak PBT mengambil kira pandangan pemilik rumah kediaman berdekatan? Jika tidak, mengapa?

    Tidak, tiada dalam Garis Panduan Struktur Papan Iklan

Lampiran

Tiada Lampiran.