Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

187) IKLAN TIDAK MENGGUNA BAHASA MELAYU

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan tindakan bagi menangani papan iklan yang tidak menggunakan bahasa Melayu di setiap PBT?

    Antara tindakan PBT bagi menangani papan iklan yang tidak menggunakan Bahasa Melayu adalah:-

     

    • Mengenakan denda / kompoun di bawah Undang-Undang Kecil Iklan 2007; dan

     

    • Mengarahkan penurunan secara terus atau penghapusan mana-mana iklan termasuklah mana-mana struktur yang didirikan

     

  2. Apakah prosedur kelulusan iklan dari sudut penggunaan bahasa?

    Prosedur kelulusan iklan dari sudut penggunaan bahasa adalah:-

     

    Semua permohonan lesen/permit iklan depan premis dan iklan sementara bunting dan sepanduk perlu mendapatkan terlebih dahulu pengesahan bahasa dari Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) sebelum permohonan tersebut diproses. Syarat-syarat untuk mendapatkan pengesahan bahasa dari DBP dinyatakan di dalam borang permohonan lesen iklan dan permit iklan sementara;

     

    Mematuhi syarat-syarat visual iklan dibawah Undang-Undang Kecil Iklan 2007

Lampiran

Tiada Lampiran.