Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

12) IKLAN-IKLAN HARAM

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap pesalah-pesalah yang melekatkan iklan-iklan haram pada kemudahan awam?

    Tindakan yang diambil oleh PBT terhadap pesalah adalah memberi notis dan mengenakan kompaun kepada individu dan syarikat yang melekatkan iklan tanpa kebenaran PBT di bawah Undang-Undang Kecil Iklan dan mengemukakan senarai nombor telefon kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk ditamatkan perkhidmatan.

  2. Mengapa tiada tangkapan atau pendakwaan terhadap pelaku-pelaku kesalahan yang boleh dikategorikan sebagai ÔvandalismaÕ?

    Kuasa PBT untuk membuat tangkapan adalah terhad. PBT hanya mengenakan kompaun terhadap pesalah di bawah Undang-Undang Kecil 2007 Iklan atau Undang-Undang Kecil Vandalisme 2005.

  3. Apakah tindakan jangka panjang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menangani masalah iklan-iklan haram ini?

    PBT akan mempertingkatkan lagi aktiviti rondaan dan penguatkuasaan bagi membanteras pihak yang sering memasang iklan haram namun pihak kementerian sebagai pihak yang meluluskan lesen kepada syarikat pengiklanan perlu mengambil langkah-langkah yang proaktif bagi usaha menangani masalah ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.