Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
14) IKLAN HARAM DI SETIAP PBT
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila menyatakan jumlah iklan haram yang diturunkan oleh setiap PBT pada Tahun 2015 sehingga kini.
PBT telah menurunkan sebanyak 776,811 unit pelbagai iklan haram pada tahun 2015 dan sebanyak 631,240 unit sehingga September 2016. Pecahan bilangan iklan haram yang diturunkan setiap PBT adalah seperti di Lampiran 1.
LAMPIRAN 1
JUMLAH PELBAGAI IKLAN HARAM YANG DITURUNKAN OLEH SETIAP PBT NEGERI SELANGOR SEJAK TAHUN 2015 HINGGA SEPTEMBER 2016
Bil.
PBT
Jumlah Iklan Haram Diturunkan (unit)
2015 Sept 2016 1. MBSA 282,399 188,234 2. MBPJ 12,487 53,313 3. MPSj 23,040 12,960 4. MPS 20,567 11,666 5. MPKj 178,879 149,224 6. MPK 119,466 97,894 7. MPAJ 21,379 34,128 8. MPSp 26,400 13,000 9. MDKS 43,086 42,629 10. MDKL 30,803 23,392 11. MDSB 5,200 4,800 12. MDHS 13,105 Tiada maklumat Jumlah Keseluruhan 776,811 631,240 ***Sumber: Semua PBT Negeri Selangor
-
Apakah cara penguatkuasaan tegas yang diambil oleh setiap PBT untuk memerangi iklan haram?
Antara tindakan tegas yang diambil oleh PBT untuk memerangi iklan haram adalah seperti berikut:-
- Di bawah Peruntukan 7 Undang-Undang Kecil Iklan 2007 memperuntukkan kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen. Kompaun yang boleh dikenakan adalah sebanyak RM600.00 dan jika didakwa di mahkamah boleh dikenakan denda sebanyak tidak lebih RM2,000.00 jika disabitkan kesalahan;
- PBT juga melaksanakan operasi iklan haram sebanyak dua (2) kali sehari iaitu mulai seawal pagi dan waktu petang di semua kawasan operasi PBT;
- PBT mengemukakan nombor telefon iklan kepada pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk permohonan penamatan perkhidmatan;
- Mengadakan operasi bersepadu iklan along dengan kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan NGO dalam membanteras aktiviti along; dan
- Akan membatalkan lesen perniagaan khususnya syarikat percetakan sekiranya didapati mengambil tempahan mencetak iklan-iklan along