Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
122) IKLAN HARAM
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Masalah iklan haram (terutamanya iklan pinjaman berlesen atau tanpa lesen) yang ditampal merata-rata tempat masih tidak boleh diselesaikan. Iklan haram ini tidak saja memburukkan keindahan sekeliling tetapi juga membahayakan kerana telah menutup papan tanda jalan. Apakah tindakan selanjutnya akan diambil?
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa membuat pemantauan dan penguatkuasaan ke atas iklan-iklan haram di kawasan pentadbiran masing-masing. Pemilik perniagaan yang didapati menampal iklan haram boleh dikenakan kompaun sehingga RM600 dan pihak PBT juga mendapatkan bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membatalkan nombor telefon yang terdapat pada iklan tanpa lesen / permit di bawah Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588).