Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

200) IKLAN HARAM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengekang pertambahan jumlah iklan haram di Selangor?

    Antara usaha Kerajaan Negeri melalui PBT dalam mengekang pertambahan jumlah iklan haram di Selangor adalah:-

    • PBT melaksanakan operasi iklan haram sebanyak dua (2) kali sehari iaitu mulai seawal pagi dan waktu petang di semua kawasan operasi
    • Mengenakan kompaun dan tindakan sitaan ke atas iklan haram;
    • PBT mengemukakan nombor telefon iklan kepada pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk permohonan penamatan perkhidmatan;
    • Mengadakan operasi bersepadu iklan along dengan kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan NGO dalam membanteras aktiviti along; dan
    • Membatalkan lesen perniagaan khususnya syarikat percetakan sekiranya didapati mengambil tempahan mencetak iklan-iklan along.
  2. Berapakah jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk membersihkan iklan haram?

    Tiada peruntukkan khusus yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada PBT bagi membersihkan iklan haram berikutan kerja-kerja tersebut adalah dilaksanakan oleh kakitangan PBT sendiri dan ada sesetengah PBT memasukkan kerja-kerja membersihkan iklan haram di dalam kontrak kerja Pembersihan Awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.