Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

114) IKLAN HARAM

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah iklan haram yang telah diturunkan pada 2015 mengikut PBT?

    Jumlah keseluruhan pelbagai iklan haram yang telah diturunkan oleh PBT pada tahun 2015 adalah sebanyak 1,938,804 Bilangan mengikut PBT adalah:-

     

    PBT Jumlah Iklan Haram Yang

    Diturunkan

    MBSA 251,478
    MBPJ 889,555
    MPSJ 300,000
    MPS 73,000
    MPKj 178,868
    MPK 119,466
    MPAJ 21,379
    MPSp 7,914
    MDKS 43,086
    MDKL 31,803
    MDSB 5,738
    MDHS 16,517
    Jumlah Keseluruhan (RM) 1,938,804

    ***Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

     

  2. Bagaimana Kerajaan Negeri mengekang peningkatan jumlah iklan haram di Selangor?

    Bagi mengekang peningkatan jumlah pelbagai iklan haram di PBT selain menjalankan penguatkuasan di bawah Undang-Undang Kecil Iklan 2007 yang memperuntukkan kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen, Penguatkuasa PBT juga telah melaksanakan pemantauan dan rondaan dan kerja-kerja menurunkan pelbagai iklan haram secara terus pada setiap

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri melalui MMKN Ke 38 / 2015 telah bersetuju dengan cadangan langkah-langkah menangani isu iklan/sticker Haram antaranya penggunaan cat anti-sticker pada papan tanda, tiang lampu dan lain-lain oleh pemaju dan kontraktor sebagai salah satu usaha dalam mengekang peningkatan iklan haram.

     

    Selain itu, PBT juga telah dimaklumkan oleh UPEN melalui surat bertarikh 21  November 2014 berhubung arahan Pembatalan Lesen Syarikat/ Kilang Yang Membuat Dan Mencetak Banner Atau Bunting Kepada Syarikat/Agensi Pinjaman Kewangan Tidak Berlesen supaya jumlah peningkatan iklan haram dapat dikurangkan. Semua  PBT dipohon supaya melakukan pemeriksaan terhadap syarikat/agensi yang menjalankan perniagaan percetakan terutamanya yang melibatkan percetakan banner, bunting dan sticker. Sekiranya syarikat/kilang percetakan tersebut didapati mencetak iklan atau sticker iklan pinjaman kewangan yang tidak berlesen, lesen perniagaan mereka hendaklah ditarik/dibatalkan.

  3. Berapakah perolehan hasil denda daripada iklan haram yang dipungut oleh PBT sama ada melalui saman atau tindakan mahkamah?

    Perolehan keseluruhan hasil denda daripada penguatkuasaan ke atas iklan haram yang berjaya dicatatkan oleh PBT pada tahun 2015 adalah sebanyak RM1,539,695.00. Pecahan mengikut PBT adalah:-

     

     

    PBT

    Perolehan Hasil Denda Daripada Iklan Haram Pada Tahun 2015

    (RM)

    MBSA 318,030.00
    MBPJ 464,600.00
    MPSJ 162,600.00
    MPS 43,320.00
    MPKj 122,380.00
    MPK 8,850.00
    MPAJ 364,500.00
    MPSp 18,095.00
    MDKS 16,830
    MDKL 18,290.00
    MDSB 2,200.00
    MDHS Tiada
    Jumlah Keseluruhan

    (RM)

    1,539,695.00

    ***Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

     

Lampiran

Tiada Lampiran.