Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
119) ICT SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kemudahan infrastruktur yang telah disediakan di kawasan Orang Asli?
Antara infrastruktur ICT yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor di Kawasan Orang Asli ialah menara telekomunikasi. Kemudahan ini telah memberi banyak manafaat dan kepentingan kepada masyarakat Orang Asli khususnya di Kampung Orang Asli Bukit Baja Daerah Sepang, Kampung Orang Asli di Gerachi dan di Pertak Daerah Hulu Selangor.
-
Senaraikan kemudahan infrastruktur sedia ada yang telah dibina di kawasan Orang Asli mengikut pecahan daerah?
Senarai kemudahan infrastruktur yang telah dibina di Kawasan Orang Asli mengikut pecahan daerah:
Daerah Bilangan menara telekomunikasi Sepang 1 Hulu Selangor 1