Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
26) iCLEAN SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejauh manakah iClean Selangor digunakan di Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor?
i-Clean digunakan oleh rakyat di PBT berikut :- MPKlang, MPSelayang dan MPAmpang Jaya dan setakat ini dianggarkan mempunyai lebih kurang 1,600 pengguna berdaftar.
-
Bagaimanakah RM45 juta yang diperuntukkan digunakan untuk penggunaan iClean? Sila berikan butiran dan pecahan perbelanjaan.
Berikut merupakan penggunaan terkini peruntukan sebanyak RM45 juta untuk tujuan pembangunan sistem i-Clean bagi merealisasikan inisiatif Smart Waste Management di bawah KDEBWaste.
No. Perkara RM 1 Pembelian 59 unit lori kompaktor berteknologi tinggi 20,563,948 2 Pembelian 40 unit lori Roll-on Roll-off (RoRo) 6,022,089 3 5% bon perlaksanaan bagi tawaran perlantikan kerja-kerja kutipan sampah domestik dan pembersihan awam di Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. 3,581,452 4 10% deposit pinjaman untuk pembelian 35 unit lori kompaktor berteknologi tinggi 1,198,203 5 Pembelian 3 unit trak pikap untuk operasi KDEBWaste di 3 (tiga) PBT (MPK, MPS dan MPAJ) 308,732 6 Pembangunan “Smart Application” untuk penambaikan dan penaiktarafan system pengurusan iClean Selangor 245,496 Jumlah 31,919,920 Baki peruntukan sebanyak RM13.1 juta masih belum disalurkan kepada KDEB Waste.