Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

67) IBU TUNGGAL

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan ibu tunggal yang direkodkan mengikut DUN dan pecahan kaum?

    Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Kerajaan Negeri Selangor tidak membuat pendaftaran ibu tunggal. Walau bagaimanapun, pihak Jabatan mempunyai rekod penerima bantuan kewangan skim Bantuan Kanak-Kanak dan skim Bantuan Am yang terdiri daripada Ibu Tunggal. Seramai 1,056 kes penerima Bantuan Kanak-Kanak secara bulanan yang melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM267,150.00 sehingga Februari 2020 dan 513 kes penerima Bantuan Am secara bulanan yang melibatkan jumlah peruntukan RM135,250.00 adalah terdiri daripada ibu tunggal. Berikut adalah pecahan kes mengikut kaum bagi penerima bantuan yang merupakan ibu tunggal.

  2. Apakah terdapat kerjasama di antara Kerajaan Negeri dengan Kementerian dan agensi yang berkaitan untuk membantu golongan ibu tunggal?

    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor telah melaksanakan kolaborasi strategik dengan pelbagai agensi khususnya dalam Program Pembangunan Klien kepada penerima bantuan kewangan JKM termasuk golongan ibu tunggal melalui Program 2 Years Exit Program (2YEP) sejak tahun 2016 hingga kini.

    Program ini adalah satu bentuk usaha yang mensasarkan penerima bantuan kebajikan supaya dapat terus berdikari melalui pembelajaran pelbagai kemahiran kehidupan (survival skills) agar tidak selamanya bergantung pada bantuan Kerajaan selamanya. Pendekatan ini menekankan kepada aspek pemerkasaan klien agar lebih bermotivasi memperoleh latihan kemahiran yang bersesuaian dengan keupayaan mereka.

    Antara agensi yang berkolaborasi dengan JKM adalah:

    1. Kementerian Pembangunan Usahawan
    2. Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
    3. Jabatan Tenaga Kerja (JTK)
    4. Yayasan Raja Muda (YOUTH)
    5. Mah Sing Academy
    6. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    7. Giat Mara
    8. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
    9. PKNS BizPoint (Pembangunan Usahawan)

Lampiran

Tiada Lampiran.