Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

100) IBU TUNGGAL

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilangan ibu tunggal yang terkini mengikut kaum dan umur dalam Negeri Selangor mengikut PBT?

    Kerajaan Negeri melalui Institut Perkembangan Minda ( INMIND ) telah melakukan bancian khusus untuk mengenal pasti jumlah Ibu Tunggal di Negeri Selangor, bermula pada November 2006 hingga Ogos 2007. Laporan lengkap menunjukkan seramai 5710 orang telah dibanci.

    Daerah : Jumlah
    Gombak : 1073
    Petaling : 608
    Hulu Langat : 987
    Kuala Langat : 862
    Klang : 642
    Sepang : 200
    Kuala Selangor : 271
    Sabak Bernam : 244
    Hulu Selangor : 823

    Pengumpulan data Ibu Tunggal negeri Selangor masih berjalan dan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) melalui Pejabat Daerah akan menghantar borang Ibu Tunggal yang telah lengkap diisi ke Unit Perancang Ekonomi Negeri ( UPEN ) untuk di kemas kini, ini bertujuan bagi membolehkan perancangan aktiviti dibuat dari masa ke semasa. Proses pengumpulan data ibu tunggal akan berterusan dengan meningkatkan mekanisma tambahan yang telah dikenal pasti, bagi memastikan data ibu tunggal yang diperoleh adalah efisien dan merangkumi semua perkara. Laporan tersebut akan digunakan sebagai rujukan oleh semua agensi yang terlibat di Negeri Selangor bagi membolehkan perancangan yang bersesuaian yang melibatkan
    golongan sasaran ini terus dibuat dari masa ke semasa. Pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) pula sedang dalam usaha meningkatkan mutu simpanan data tersebut dengan membangunkan sistem yg boleh digunakan oleh semua agensi selepas ini. Sistem sepenuhnya akan membolehkan pengguna mendapat maklumat di hujung jari. Sistem tersebut akan di sebarkan kepada semua agensi kerajaan selewat-Iewatnyapada bulan Ogos nanti. Selain dari itu laporan ini akan digunakan sebagai rujukan oleh semua agensi yang terlibat di Negeri Selangor bagi membolehkan perancangan yang bersesuaian yang melibatkan golongan sasaran ini terus dibuat dari masa ke semasa.

  2. Apakah program-program yang telah dilaksanakan bagi membantu ibu tunggal negeri Selangor dua tahun yang lepas dan jumlah kos yang telah digunakan untuk program-program tersebut.

    Kerajaan Negeri sentiasa mengemas kini data-data ibu tunggal dan mengenal pasti akan permasalahan mereka. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerajaan seperti, Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Selangor (JPW), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), LembagaZakat Selangor (LZS) dan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK), telah melaksanakan banyak aktiviti-aktiviti jangka pendek dan jangka panjang untuk golongan wanita termasuk ibu tunggal setelah mengenal pasti cara terbaik untuk menyelesaikan permasalahan. Antara program-program itu
    adalah berbentuk;

    a. Program jati diri
    b. Keusahawanan
    c. Pendidikan / sahsiah diri
    d. Kesihatan
    e. Perundangan
    f. Ceramah dan bantuan Ramadhan

    Jumlah kos yang telah digunakan bagi tujuan tersebut, sepanjang dua ( 2 ) tahun program tersebut dilaksanakan adalah seperti berikut:

    Tahun 2006 : RM 101,307.00
    Tahun 2007 : RM 127, 065.00
    Jumlah Keseluruhan : RM 228, 372.00

    * Jumlah keseluruhan merupakan peruntukan kerajaan negeri, tidak termasuk peruntukan dari kerajaan pusat.

  3. Apakah langkah-Iangkah kerajaan negeri bagi membantu ibu tunggal selain daripada bantuan kewangan secara bulanan?

    Langkah-Iangkah kerajaan negeri bagi membantu golongan ini agar terus mendapat keselesaan hidup selepas bergelar ibu tunggal, sekiranya Ibu Tunggal tersebut tergolong dalam golongan rakyat termiskin atau miskin maka bantuan bulanan dan persekolahan anak akan diuruskan oleh Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sementara itu mereka yang mempunyai kemahiran dalam perniagaan pula akan dibantu dengan pemberian peralatan, sewaan gerai dan pinjaman dana.

    Di samping itu Pihak Serkuasa Tempatan (PST) melalui dana Kementerian
    Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memberi bantuan berbentuk ,

    i. Bantuan Sewaan (Perumahan Keluarga Miskin)
    ii. Pengurangan Beban Tanggungan Keluarga (kewangan)
    iii. Penjanaan Pendapatan Keluarga
    iv. Pendidikan dan Latihan (dikelolakan oleh KPKT dengan Kolej Komuniti)
    v. Bantuan Ehsan keperluan harian (makanan)

    Untuk makluman YB Kerajaan Negeri sentiasa memantau keperluan-keperluan mereka melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Jawatankuasa Penduduk dan Rukun Tetangga dari masa ke semasa. Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga juga dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat telah juga melaksanakan aktiviti turun padang bagi memantapkan lagi urusan pemantauan.

Lampiran

Tiada Lampiran.