Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
166) IBU TUNGGAL
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah ibu tunggal yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri?
Sehingga 25 Oktober 2009, jumlah ibu tunggal yang mendaftar dengan Kerajaan Negeri melalui Portal E-bu.org adalah seramai 19,795 orang.
-
Apakah usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu ibu tunggal di Selangor semenjak Mac 2008? Berikan butir-butir.
Beberapa program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu ibu-ibu tunggal di Selangor. Berikut adalah perincian tersebut:
- Program Kerajaan Prihatin – Bantuan yang diberikan kepada mereka yang layak dalam bentuk membaik pulih rumah dan juga bina baru
Perkara 2008 2009 Jumlah Bina Baru 31 56 87 Baik Pulih 34 45 79 Jumlah 65 101 166 2. Blueprint Kemiskinan – Bantuan dalam bentuk peralatan kepada mereka yang ingin melakukan perusahaan sendiri seperti makanan, kraf tangan dan juga menjahit:
Tahun 2008 = 25 Penerima
Tahun 2009 = 72 penerima
3. Dana Usahawan Ibu Tunggal ( 2008) – 40 Penerima ( RM 5000 setiap sorang dalam bentuk bantuan peralatan)
4. Kursus Jahitan dan Sulaman
• 3 kursus ( 90 orang)