Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

67) I.P.T – DALAM HADIAH MASUK IPT

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bolehkah syarat-syarat kelayakan menerima hadiah tersebut di longgarkan mengikut kesesuaian pendapatan dan tanggungan (umpamanya tanggungan anak yang ramai dan pendapatan gaji yang kurang)?

    Syarat Hadiah Anak Masuk Universiti pada masa kini tidak memberikan sebarang kelonggaran kepada syarat pendapatan dan tidak mengambil kira jumlah tanggungan sedia ada.  Kelonggaran syarat tersebut boleh dilaksanakan sekiranya dibentangkan sekali lagi di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Neger (MMKN) untuk dipertimbangkan kelonggaran tersebut.

  2. Bolehkah diterima ibu bapa yang menetap di sempadan dan anak yang dilahirkan di sempadan wilayah persekutuan diterima-bolehkah dilonggarkan syarat-syarat tersebut?

    Salah satu syarat kelayakan permohonan HPIPT ialah salah seorang sama ada pemohon / ibu / bapa adalah kelayakan yang telah ditetapkan dalam syarat. Walau bagaimanapun, bermula 1 Jun 2012, syarat tambahan telah dimasukkan ke dalam syarat sedia ada yang mana sekiranya pemohon / ibu / bapa bukan kelahiran Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun atau lebih layak memohon.

Lampiran

Tiada Lampiran.