Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
252) HUTANG SYARIKAT TALAM
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyak hutang syarikat Talam yang telah berjaya dikutip balik oleh kerajaan negeri?
Jumlah hutang TALAM Corporation kepada Kerajaan adalah sebanyak RM392 Juta di mana kesemua jumlah akan dikutip oleh Kerajaan Negeri.
-
Bagaimana wang yang dikutip ini digunakan untuk kebaikan rakyat Selangor? Sila senaraikan?
Hasil daripada kutipan hutang TALAM Corporation akan diagih-agihkan mengikut peruntukan keperluan Kerajaan Negeri dari segi projek-projek yang dikenal pasti untuk pembangunan, perkhidmatan dan perkembangan ekonomi Negeri Selangor. Tumpuan peruntukan ekonomi juga akan diberi kepada projek sosioekonomi Kerajaan Negeri seperti Skim Bantuan kepada rakyat dari untuk membasmi dan mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat Negeri Selangor.