Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

33) HUTANG SYARIKAT TALAM

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri telah mengambil alih hutang syarikat Talam bernilai RM 392 juta dan dijangka dapat mengutip balik hutang tersebut dengan segera. Apakah status terkini jumlah hutang yang telah dikutip?

    1. Jumlah hutang TALAM Corporation kepada Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor adalah sebanyak RM392 juta di mana kesemua jumlah telah berjaya dikutip oleh Kerajaan
  2. Jika bayaran juga terdapat bentuk pengambilalihan aset hartanah, berapakah nilai aset tersebut dan nilai kutipan tunai?

    1. Dalam penstrukturan pengiktirafan hutang TALAM Corporation dengan Kerajaan Negeri, jumlah hutang sebanyak Rm392 juta adalah bersamaan nilai  aset  TALAM yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri, Kerajaan akan  memperoleh  semua bayaran pulangan iaitu RM392 juta. Setakat ini senarai jumlah yang telah dikutip adalah seperti berikut :-

     

    Bil. Hartanah Nilai Jualan

    RM (juta)

    1. Tanah seluas 25.94 ekar di Bukit Beruntung telah dibeli oleh PKNS 16.91
    2. Tanah 2,773 ekar di Bestari Jaya dibeli oleh PNSB 181.0
    3. Tanah 1322 ekar di Bukit Beruntung dibeli oleh PNSB 345.6
    4. Tanah 134.2 ekar di Danau Putera yang ditawarkan kepada Syarikat Medilest Properties Sdn Bhd 87.7
    5. Pulangan tunai daripada TALAM atas jualan 11.56 ekar

    tanah kepada Tet. City Link Express Sdn Bhd

    5.0
    6. Pulangan tunai daripada PIYSSB kepada TALAM yang diberi kepada MBI 7.7
    7. Tanah 12 ekar di Puncak Jalil 12.0
    8. Ruang Pejabat di Menara Pandan 11.0
    9. Tanah 400 ekar dan 60% Saham Ulu Yam & Country Resort 22.22

     

     

     

     

     

      Jumlah 689.1
    (-) Ikatan dan Tuntutan Hutang-hutang dari Bank atas (266.31)
    Hartanah tersebut adalah sebanyak  
    Jumlah 422.8
    Baki Lebihan (Peruntukan pulangan kepada TALAM) (30.8)
    Jumlah Hutang TALAM 392.0
  3. Adakah kerajaan bercadang untuk mengeluarkan kertas putih sebagai tanda ketelusan?

    1. Kerajaan Negeri telah pun mengeluarkan beberapa Kertas Kerja berkaitan  Hutang TALAM Corporation Berhad. Salah satu Kertas Kerja yang telah dikeluarkan adalah seperti di lampiran 1

     

Lampiran

Tiada Lampiran.