Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
174) HUTANG SYARIKAT-SYARIKAT BERKAITAN KERJAAN (GLC)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang telah diberi pinjaman oleh Kerajaan Negeri Selangor dan nyatakan jumlah pinjaman tiap-tiap syarikat berkenaan.
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang telah diberi pinjaman oleh Kerajaan Negeri Selangor dan jumlah pinjaman tiap-tiap syarikat sehingga 30 Mei 2014 adalah seperti berikut:
Bil Nama Peminjam Jumlah Pinjaman Pokok(RM) Faedah(RM) Jumlah(RM) 1 Kumpulan Darul Ehsan Berhad 636,700,000.00 28,465,711.50 665,165,711.50 2 Pendidikan Industri YS Sdn
Bhd
39,840,986.48 14,012,844.00 53,853,830.48 3 Yayasan Selangor 27,806,698.07 4,000,769.88 31,807,467.95 4 Kolej Universiti Islam Selangor 4,000,000.00 – 4,000,000.00 5 Kolej Antarabangsa
Inpens
17,000,000.00 – 17,000,000.00 6 Amanah Saham Selangor
20,000,000.00 – 20,000,000.00 7 Perbadanan Setiausaha
Kerajaan Negeri Selangor
15,050,000.00 – 15,050,000.00 8 Perbadanan Kemajuan
Negeri Selangor
130,914,502.90 – 130,914,502.90 9 Perbadanan Kemajuan
Pertanian
Selangor
37,670,314.28 600,000.00 38,270,314.28 10 Lembaga Perumahan dan
Hartanah
Selangor
143,115,144.73 48,904,915.54 192,020,060.27 11 Konsortium ABASS Sdn Bhd
3,266,808.00 – 3,266,808.00 JUMLAH (RM) 1,075,364,454.46 95,984,240.92 1,171,348,695.38 -
Sila nyatakan jumlah hutang dan tunggakan hutang ditanggung oleh tiap-tiap syarikat berkenaan sehingga kini.
Jumlah hutang dan tunggakan hutang anak syarikat dan agensi dengan Kerajaan Negeri sehingga 30 Mei 2014 adalah seperti berikut:
Bil Nama Peminjam Jumlah Hutang (RM) Jumlah Tunggakan
Hutang (RM)
1 Kumpulan Darul Ehsan Berhad 665,165,711.50 – 2 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd 53,853,830.48 9,928,874.66 3 Yayasan Selangor 31,807,467.95 8,702,444.28 4 Kolej Universiti Islam Selangor 4,000,000.00 – 5 Kolej Antarabangsa Inpens 17,000,000.00 3,000,000.00 6 Amanah Saham Selangor 20,000,000.00 – 7 Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 15,050,000.00 8,320,114.68 8 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 130,914,502.90 – 9 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
38,270,314.28 – 10 Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
192,020,060.27 55,455,973.73 11 Konsortium ABASS Sdn Bhd 3,266,808.00 – JUMLAH (RM) 1,171,348,695.38 85,407,407.35 -
Apakah langkah-langkah kerajaan negeri untuk memastikan hutang dan tunggakan tersebut dilunaskan ?
Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan hutang dan tunggakan tersebut dilunaskan adalah seperti berikut:
- Pemantauan status pinjaman serta tunggakan pinjaman agensi dengan Kerajaan Negeri dibentangkan sebagai salah satu agenda tetap di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor. Mesyuarat tersebut diadakan sebanyak tiga (3) kali setahun dan dihadiri oleh ketuaketua jabatan/agensi.
- Perbendaharaan Negeri Selangor akan meneruskan untuk mengadakan mesyuarat tunggakan hutang dengan agensi yang mempunyai tunggakan. Pada tahun 2013, mesyuarat penyelarasan tunggakan hutang telah diadakan bersama Kolej Antarabangsa Inpens, Pendidikan Industri YS Sdn Bhd, Yayasan Selangor, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor serta Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)(MBI).
- Notis peringatan tunggakan akan terus dikeluarkan dari semasa ke semasa. Pada tahun 2013, notis peringatan telah dikeluarkan kepada dua (2) agensi iaitu Pendidikan Industri YS Sdn Bhd dan Yayasan Selangor.
- Kertas permohonan penyelarasan /penyesuaian tunggakan akan disediakan untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri tertakluk kepada kes-kes Pada tahun 2013, jumlah baki pinjaman Kolej Antarabangsa Inpens telah diluluskan untuk dipermodalkan di atas nama MBI.