Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
166) HUTANG NEGERI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah hutang Negeri sehingga kini
Jumlah hutang Negeri terhadap Kerajaan Persekutuan sehingga 31 Ogos 2018 adalah berjumlah RM1,113.32 juta. Sejumlah 85% daripadanya merupakan pinjaman bagi Projek Bekalan Air.
Selain daripada Projek Bekalan Air, pinjaman Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut:
- Skim Amanah Saham Selangor iaitu 1.02%; dan
- Projek Peluasan Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya Selangor iaitu 2.13%.
-
Nyatakan kaedah pembayaran dan statusnya
Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam membuat bayaran balik mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Peruntukan tahunan juga akan disediakan secukupnya dalam Anggaran Belanjawan Tahunan.
Bagi tahun 2018, bayaran balik pinjaman telah pun dilunaskan kepada Kerajaan Persekutuan mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan jumlah sebanyak RM11,951,181.79 seperti perincian berikut:
- Projek Bekalan Air : RM5,314,099.60;
- Skim Amanah Saham Selangor : RM1,893,379.46; dan
- Projek Peluasan Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya Selangor : RM4,743,702.73.
-
Nyatakan kedudukan kewangan Negeri berdasarkan jumlah hutang dan pendapatan Negeri
Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri berada dalam keadaan yang baik dengan hasil negeri yang berkeupayaan untuk menampung bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan mengikut jadual yang telah ditetapkan.