Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
174) HUTANG NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan perincian jumlah hutang Negeri Selangor mengikut tahun sejak tahun 2008-2018
- Perincian jumlah hutang Negeri Selangor mengikut tahun semenjak tahun 2008 sehingga 2018 adalah seperti berikut:
Tahun Jumlah Hutang (RM Juta)
2008 1,072.98 2009 1,063.55 2010 1,004.65 2011 979.64 2012 897.03 2013 882.62 2014 957.20 2015 1,028.36 2016 1,095.06 2017 1,120.91 2018 1,107.40 -
Nyatakan jumlah hutang Negeri Selangor sehingga hari ini.
Jumlah terkini hutang Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Persekutuan sehingga 30 Jun 2019 adalah berjumlah RM1,100.76 juta.
Perinciannya adalah seperti berikut:
- Projek Bekalan Air : RM1,072.32 juta;
- Skim Amanah Saham Selangor : RM9.47 juta; dan
Projek Peluasan Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya Selangor : RM18.97 juta.
-
Apakah mekanisme dan kaedah pembayaran hutang dan statusnya mengikut tahun sejak tahun 2008-2018?
Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam membuat bayaran balik mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Perincian bayaran balik pinjaman oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2018 yang berjumlah RM24,311,181.79 adalah seperti berikut:
- Projek Bekalan Air : RM17,674,099.60;
- Skim Amanah Saham Selangor : RM1,893,379.46; dan
- Projek Peluasan Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya Selangor : RM4,743,702.73.