Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

150) HUTANG KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah banyak hutang kerajaan Selangor terhadap Persekutuan sekarang?

    Jumlah terkini hutang Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Persekutuan sehingga

    31 Disember 2017 adalah berjumlah RM1,126.39 juta. Sejumlah 96.30% daripadanya merupakan pinjaman bagi Projek Bekalan Air.

    Selain daripada Projek Bekalan Air, pinjaman Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut:

    • Skim Amanah Saham Selangor iaitu 2.52%; dan
    • Projek Peluasan Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya Selangor iaitu 18%.
  2. Berapakah kadar faedah yang perlu dibanyar oleh kerajaan terhadap hutang-hutang ini?

    Kadar caj pembiayaan adalah pada kadar 4% setahun. Walau bagaimanapun, pinjaman bagi Projek Bekalan Air tidak dikenakan sebarang caj

  3. Apakah rancangan kerajaan untuk melangsaikan hutang ini dalam masa terdekat?

    Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam membuat bayaran balik mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Peruntukan tahunan juga akan disediakan secukupnya dalam Anggaran Belanjawan

    Perincian bayaran balik pinjaman oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2017 yang berjumlah RM29,533,931.67 adalah seperti berikut:

    • Projek Perumahan Awam Kos Rendah : RM5,908,650.08;
    • Projek Bekalan Air : RM16,988,199.40;
    • Skim Amanah Saham Selangor : RM1,893,379.46; dan
    • Projek Peluasan Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya Selangor : RM4,743,702.73.

Lampiran

Tiada Lampiran.