Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
267) HUTANG GLC KEPADA KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah hutang setiap GLC kepada kerajaan negeri pada hari ini?
Baki hutang setiap GLC kepada Kerajaan Negeri pada 29 Februari 2020 adalah dicatatkan sebanyak RM1,209,444,643.19. Jumlah ini adalah penurunan sebanyak 6.6% berbanding baki hutang pada 31 Disember 2018 yang berjumlah RM1,294,927,616.86.
Penurunan ini adalah disebabkan oleh pembayaran balik pinjaman oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang berjumlah RM150 juta pada tahun 2019. Pihak KDEB akan terus membuat bayaran balik pada tahun 2020 iaitu sebanyak RM120 juta seperti mana jadual bayaran balik pinjaman yang telah ditetapkan.
Perincian kepada maklumat hutang setiap GLC kepada Kerajaan Negeri seperti pada 29 Februari 2020 adalah seperti di Lampiran.
Untuk makluman YB, pemberian hutang kepada GLC adalah bertujuan untuk menyokong pembangunan dan pelaksanaan agenda Negeri Selangor antaranya meliputi bidang pendidikan, penambahbaikan perkhidmatan bekalan air, pemuliharaan sungai dan pembangunan usahawan.
-
GLC mana yang membayar mengikut jadual?
Setakat ini, kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman Kerajaan Negeri dikenakan pada kadar 4%. Pada kebiasaannya, caj faedah dikenakan ke atas pinjaman yang melibatkan urusan komersial yang memberikan pulangan ke atas projek-projek yang dijalankan.
Walau bagaimanapun, terdapat juga pinjaman yang tidak dikenakan sebarang faedah atas pinjaman. Pinjaman ini melibatkan pembiayaan projek/program Kerajaan Negeri seperti pinjaman kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang melibatkan kepentingan awam seperti projek pemindahan setinggan, penstabilan cerun, dan pengurusan sampah. Antara pinjaman yang tidak dikenakan faedah atas pinjaman adalah seperti pinjaman-pinjaman berikut:-
- Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bagi tujuan pendidikan dan penyelenggaraan/naik taraf prasarana di kampus;
- Yayasan Hijrah Selangor bagi tujuan pembangunan dan pemantapan ekonomi di kalangan usahawan kecil di Negeri Selangor;
- Konsortium ABBAS Sdn Bhd dan Pengurusan Aset Air Selangor Berhad masing-masing bagi tujuan pelaksanaan projek penggantian aset operasi loji di Semenyih serta projek penggantian paip air lama di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya;
- Landasan Lumayan Sdn Bhd bagi tujuan pelaksanaan program pemuliharaan dan pembangunan Sungai Klang.
LAMPIRAN
Bil Nama Peminjam Jumlah Baki Pinjaman Pada 29 Februari 2020
(RM)
(A) Anak Syarikat Kerajaan Negeri 1. Kumpulan Darul Ehsan Berhad 244,335,344.38 2. Pendidikan Industri YS Sdn Bhd 92,889,393.15 3. Yayasan Selangor 15,806,698.07 4. Kolej Universiti Islam Selangor 24,432,469.79 5. INPENS 4,116,500.00 6. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd 226,261,023.96 7. KDEB Waste Management Sdn Bhd 48,930,000.00 8. Yayasan Hijrah Selangor 62,500,000.00 9. Landasan Lumayan Sdn Bhd 23,716,450.16 10. Mantapmurni Sdn Bhd 274,728,000.00 11. Konsortium ABASS Sdn Bhd 24,000,000.00 Jumlah (A) 1,041,715,879.51 (B) Perbadanan Kerajaan Negeri 1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 72,000,000.00 2. Perbadanan Setiausaha Negeri Selangor 13,440,000.00 Jumlah (B) 85,440,000.00 (C) Pihak Berkuasa Tempatan 1. Majlis Daerah Kuala Langat 5,085,509.98 2. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 12,471,485.37 3. Majlis Perbandaran Kajang 1,695,934.53 4. Majlis Daerah Sabak Bernam 7,280,155.00 5. Majlis Bandaraya Shah Alam 27,940,526.49 6. Majlis Daerah Kuala Selangor 11,080,000.00 7. Majlis Perbandaran Subang Jaya 16,735,152.31 Jumlah (C) 82,288,763.68 Jumlah (A) + (B) + (C) 1,209,444,643.19 -
Adakah mana-mana pinjaman ini mempunyai kadar faedah dibawah 4% setahun?