Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
9) HUTANG CUKAI TANAH DAN CUKAI PINTU
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengapakah tiada tindakan diambil terhadap tuan punya tanah yang tidak membayar cukai tanah dan cukai pintu selama bertahun-tahun berterusan (contoh No. Hak milik 0158578, No. Lot 0042484, Daerah Petaling, Mukim Damansara)?
Buat masa ini tiada sebarang rekod yang ada dalam simpanan Jabatan Penilaian dan
juga Jabatan Hasil berkenaan dengan cukai taksiran No. Hakmilik 0158578, No. Lot
0042484, Daerah Petaling, Mukim Damansara. Walau bagaimanapun, carian sedang
dibuat di Pejabat Tanah Daerah Petaling.Hakmilik HSD 0158578 Lot 0042484 adalah merupakan pemilikan Tetuan Syarikat
Univer Corporation Sdn. Bhd. yang menjalankan perniagaan berunsurkan pelaburan
hartanah. Lot yang terletak di USJ 1 Subang Jaya adalah merupakan cadangan
pembinaan pusat perniagaan Subang Twins Tower. Cukai semasa yang dikenakan
berjumlah RM 45,485.00 dan tunggakan RM514,801.8 masih gagal dijelaskan oleh
pemilik tanah semenjak tahun 1997.
Satu rundingan penyelesaian telah dilaksanakan beberapa kali bersama Pentadbir
Tanah dan pihak bertanggungjawab bersetuju untuk menyelesaikan tunggakan secara
ansuran mulai bulan Ogos 2008. Walaubagaimanapun disebabkan masalah kewangan
yang kronik dan status kewangan yang defisit, syarikat yang bertanggungjawab masih
gagal menjelaskan cukai tanah yang tertunggak.
Notis 6A telah dikeluarkan pada tarikh 24 Julai 2008 bagi tujuan proses perampasan
tanah dan tempoh 3 bulan diberikan untuk pihak bertanggungjawab menyelesaikan
jumlah tunggakan dan sekiranya gagal, tanah tersebut boleh dirampas melalui tindakan
pemberitahuan dalam Warta Negeri Notis 8A (Perampasan). -
Apakah tindakan yang akan diambil dan berapakah kes sebegini di DUN Subang Jaya?
Tindakan yang dilakukan oleh pihak Majlis adalah seperti berikut:-
i. Membuat carian rasmi di Pejabat Tanah Daerah Petaling.
ii. Menghantar notis Penilaian Cukai Taksiran (owner return).
iii. Menghantar notis tuntutan cukai taksiran.
iv. Menghantar borang E, F dan G jika pemilik engkar perintah notis.
v. Mengambil tindakan menyita dan melelong harta alih yang terdapat
dipremis tersebut.