Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
63) HUTANG BEKAS PELAJAR & ALUMNI KUIS
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini hutang bekas-bekas pelajar KUIS yang tertunggak?
Berdasarkan daripada laporan kewangan KUIS bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, pendapatan utama iaitu yuran pengajian dan hostel adalah sebanyak RM 48.87 juta. Manakala jumlah penghutang iaitu hutang pelajar bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 pula adalah sebanyak RM 26.93 juta. Peningkatan jumlah Pendapatan melonjak sehingga 39% berbanding peningkatan jumlah Penghutang hanya 11% menunjukkan prestasi pendapatan utama yang semakin meningkat dari tahun-tahun yang sebelumnya. Penghutang pelajar berstatus tidak aktif sehingga tarikh 31 Mei 2015 adalah berjumlah RM10.83 juta.Hutang pelajar adalah sedikit meningkat berbanding bulan yang sebelumnya kerana terdapat pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian di KUIS di peringkat Asasi, Diploma Dan Ijazah.
-
Nyatakan jumlah pelajar yang telah membayar dan kos yang telah dibayar serta jumlah pelajar yang belum melunaskan serta kosnya?
Jenis Pelajar 31 Jan 2015 28 Feb 2015 31 Mac 2015 30 April 2015 31 Mei 2015 Hutang Pelajar Aktif (RM) 16,606,582.04 13,677,633.76 13,558,789.65 13,567,089.68 12,405,373.81 Bayaran Telah Diterima (RM) 836,006.04 4,399,870.15 5,208,976.20 1,063,402.97 1,375,324.64 Merujuk kepada jadual dan graf di atas, berdasarkan rekod penghutang aktif serta kutipan bayaran yang diterima bagi tempoh Januari 2015 sehingga Mei 2015 masih terdapat pelajar berstatus aktif belum membayar yuran sedia ada. Terdapat perbezaan hutang pada setiap bulan kerana berlaku proses pelarasan caj bil serta proses penambahan bil kepada pelajar yang berkaitan. Kutipan bayaran yuran dijangka akan meningkat dengan kadar yang tinggi disebabkan para pelajar perlu menyelesaikan keseluruhan yuran semester semasa sebelum menduduki peperiksaan akhir serta memulakan sesi pengajian terbaru.