Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
111) HUTANG ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menghapus kira hutang mana-mana syarikat milik Kerajaan Negeri untuk menjamin kelangsungan syarikat tersebut?
Kelangsungan sesebuah syarikat adalah bergantung kepada innovative business model dan resilient strategies yang diamalkan terutama di era pasca pandamik.
Kerajaan Negeri Selangor menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS-1) menyediakan satu halatuju bagi mengukuhkan Selangor sebagai pusat pertumbuhan ekonomi dan destinasi utama bagi pelaburan berkualiti di dalam Malaysia dan di rantau Asia dengan sasaran teras pengukuhan Ekonomi RS-1 seperti berikut;
- Meningkatkan pertumbuhan KDNK;
- Meningkatkan nilai pelaburan dalam sektor keutamaan dan kompleksiti tinggi;
- Meningkatkan peluang pekerjaan; dan
- Meningkatkan kadar penebusan jalur lebar tetap.
Empat (4) Strategi telah disusun oleh Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran teras pengukuhan Ekonomi RS-1 merangkumi;
- Memudahkan pemulihan ekonomi selepas pacsa COVID-19
- Menggalakkan aktiviti pemulihan perniagaan terutamanya untuk PKS dalam sektor perkhidmatan dan memudahkan usaha pencarian pekerjaan.
- Memperkukuhkan industri teras strategik
- Meningkatkan hasil sektoral dan sumbangan KDNK, memudahcarakan peralihan ke segmen bernilai tinggi dan menggalakan penerimaan automasi dan tranformasi digital.
- Memangkin pembangunan sektor baharu yang pesat membangun
- Memudahcarakan urusan pembiayaan serta memanfaatkan kekuatan semulajadi dan kelebihan daya saing Selangor.
- Meningkatkan daya saing Negeri
- Merangka dasar untuk mewujudkan ekosistem yang mesra perniagaan, membangunkan PKS dengan meningkatkan keupayaan dan kapasiti serta digitalisasi serta memudahcarakan urusan pembangunan ketersambungan dan rangkaian infrastruktur digital di seluruh negeri Selangor.