Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

40) Hutan Simpanan Kekal Kuala Langat Utara

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status dan perkembangan terkini berkenaan dengan masa depan Hutan Simpanan Kekal Kuala Langat Utara pada masa sekarang?

    Merujuk kepada Kaedah-kaedah Penyiasatan Awam (Selangor) 2014, status dan perkembangan terkini Hutan Simpan Kuala Langat Utara adalah sedang melalui proses penyiasatan awam bagi cadangan penyahwartaan di mana bantahan-bantahan awam secara bertulis telah diterima oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor selama tempoh 30 hari bermula 5 Februari 2020 dan tamat pada 7 Mac 2020. Seterusnya, satu sesi penyiasatan awam (Town Hall Session) telah diadakan pada 28 & 29 September 2020 bagi memberi peluang kepada Kerajaan Negeri untuk mendengar dan mengumpulkan pandangan serta bantahan secara lisan mengenai cadangan penyahwartaan hutan simpan tersebut.

    Dalam kes Hutan Simpan Kuala Langat Utara, proses penyahwartaan masih diperingkat Laporan Penyiasatan Awam. Justeru itu, tiada sebarang keputusan dibuat berkaitan penyahwartaan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.