Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
235) HUTAN SIMPAN SUNGAI KARANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apa status terkini kawasan tadahan air di Hutan Simpan Sungai Karang selepas dilaksanakan projek di kawasan tersebut semenjak 2019?
Definisi kawasan tadahan air diberikan sebagai “kawasan permukaan tanah yang menyalurkan air hujan, enapan dan bahan terlarut ke satu titik tuang yang sama (outlet) sesuatu sistem sungai. Kawasan ini perlu diuruskan dengan cekap bukan sahaja meliputi kawasan berhutan malah perlu diberi perhatian terhadap persekitaran guna tanah di keseluruhan kawasan tadahannya. Sebagaimana yang diperuntukan di bawah Subseksyen 10 (1) (e), Akta Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985, sejumlah 44,543.30hektar telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air (HTA) yang mana ianya merangkumi lapan belas (18) kawasan tadahan air di seluruh negeri Selangor. Senarai kawasan yang diwartakan adalah seperti di Jadual 1. Kawasan ini diwartakan sebagai kawasan HTA kerana aliran sungai daripada kawasan tersebut mengalir masuk ke dalam kawasan empangan yang berfungsi membekalkan air di Selangor. Hutan Simpan Sungai Karang tidak diwartakan sebagai kawasan HTA Negeri Selangor kerana ia merupakan kawasan hutan paya gambut yang mana aliran sungai di kawasan ini bersifat asidik dan mempunyai nilai PH yang rendah.
-
Berapa keluasan (hektar) kawasan tadahan air di Hutan Simpan Sungai Karang yang membekalkan air untuk pesawah dan berapa luas (hektar) yang diberikan permit penggunaan serta terjejas kesan daripada projek-projek tersebut?
Kawasan Hutan Simpan Sungai Karang bukan merupakan kawasan yang diwartakan sebagai kawasan Hutan Tadahan Air Negeri Selangor.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi memastikan kawasan tadahan air Hutan Simpan Sungai Karang terpelihara serta memastikan pegangan permit penggunaan hutan simpan dikawal?
Hutan Simpan Sungai Karang tidak diwartakan sebagai kawasan HTA Negeri Selangor kerana ia merupakan kawasan hutan paya gambut yang mana aliran sungai di kawasan ini bersifat asidik dan mempunyai nilai PH yang rendah. Sehubungan itu, kawasan ini tidak sesuai untuk diwartakan sebagai HTA Negeri Selangor.