Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

314) HUTAN SIMPAN REKREASI

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon senaraikan hutan simpan yang terletak di kawasan Kuala Selangor, termasuk nama dan keluasan setiap hutan simpan tersebut.

    Senarai Hutan Simpan yang terletak di kawasan Kuala Selangor, adalah seperti berikut :-

     

    Bil Nama Hutan Simpanan Kekal Keluasan (ha)
          i. HS Raja Musa 35,656.00
        ii. HS Banjar Utara 1,011.64
       iii. HS Banjar Utara Tambahan 226.04
       iv. HS Kapar Tambahan 44.18
        v. HS Sungai Dusun 4,891.39
       vi. HS Melawati

     

    209.04
  2. Senaraikan hutan simpan di Selangor yang terlibat dengan aktiviti rekreasi. Nyatakan aktiviti rekreasi yang disediakan di setiap lokasi tersebut.

    Senarai Taman Eko Rimba di Selangor dan aktiviti rekreasi yang disediakan di setiap lokasi adalah seperti berikut :-

     

    Bil Taman Eko Rimba (TER)

     

    Aktiviti
          i. TER Kota Damansara Hiking, Jungle Trekking dan Bird Watching
        ii. TER Gunung Nuang Hiking, Berkhemah, Bird Watching dan Mandi- manda
       iii. TER Sungai Tekala Jungle trekking, Berkhemah, Berkelah, Bird Watching dan Mandi- manda
       iv. TER Sungai Tua Jungle trekking, Berkhemah, Berkelah, Bird Watching dan Mandi- manda
        v. TER Sungai Sendat Jungle trekking, Berkhemah, Berkelah Bird Watching, dan Mandi- manda
       vi. TER Komanwel Jungle trekking, Berkhemah, Berkelah, Bird Watching dan Mandi- manda
      vii. TER Ampang Jungle trekking, Berkhemah, Berkelah, Bird Watching dan Mandi- manda
    viii. TER Kanching Hiking, Jungle trekking, Berkhemah, Berkelah Bird Watching, dan Mandi- manda
       ix. TER Congkak Jungle trekking, Berkhemah, Berkelah Bird Watching, dan Mandi- manda
        x. TER Gabai Jungle trekking, Berkhemah, Berkelah Bird Watching, dan Mandi- manda
       xi. TER Templer Hiking, Jungle trekking, Berkhemah, Berkelah Bird Watching, dan Mandi- manda
  3. Apakah inisiatif yang sedang atau telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memperbanyakkan hutan rekreasi di negeri ini? Selain itu, apakah prosedur atau garis panduan yang perlu diikuti untuk mencadangkan kawasan strategik bagi pembangunan hutan rekreasi di Selangor?

    Inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memperbanyakkan hutan rekreasi di negeri ini adalah dengan mewartakan Pengkelasan Hutan selaras dengan seksyen 10 Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 sebagai Hutan Lipur.

     

    Prosedur atau garis panduan untuk mencadangkan kawasan strategik bagi pembangunan hutan rekreasi adalah dengan merujuk kepada :

     

    1. Manual Perhutanan Jilid III – Bab 21: Hutan Lipur
    2. Pekeliling Ketua Setiauasaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil 1 Tahun 2024 – Garis Panduan Perancangan Tapak Perkhemahan

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.