Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

4) HUTAN SIMPAN KEKAL YANG BARU

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini pewartaan Hutan Simpan Kekal di Mukim Sungai Panjang Sabak Bernam, Mukim Buloh Telor Hulu Selangor dan Mukim Semenyih Hulu Langat yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2021.

    Ketiga-tiga kawasan tersebut telah selesai diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal pada 12 Ogos 2021. Pewartaan ini dilaksanakan di bawah Seksyen 7, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985. Maklumat siar warta ketiga-tiga hutan simpanan kekal tersebut adalah seperti berikut:

    • Hutan Simpan Sungai Panjang, Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam seluas 308.62ha (762.29 ekar) melalui kenyataan siar warta G.N. 1811-2021 (PW 3021);
    • Hutan Simpan Buloh Telor Barat, Mukim Buloh Telor, Daerah Hulu Selangor seluas 149.96ha (370.57 ekar) melalui kenyataan siar warta G.N. 1812-2021 (PW 3020);
    • Hutan Simpan Buloh Telor Timur, Mukim Buloh Telor, Daerah Hulu Selangor seluas 57.18ha (141.23 ekar) melalui kenyataan siar warta G.N. 1813-2021 (PW 3020); dan
    • Hutan Simpan Bukit Broga, Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat seluas 63.88ha (157.86 ekar) melalui kenyataan siar warta G.N. 1814-2021 (PW 3019).
  2. Apakah peratus keluasan Hutan Simpan Kekal di Selangor?

    Sehingga kini keseluruhan Hutan Simpanan Kekal di Negeri Selangor adalah berjumlah 250,250.33 ha atau bersamaan 31.65 peratus daripada keseluruhan negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.