Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

99) HUTAN SIMPAN KEKAL DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam meningkatkan peratusan hutan simpanan kekal di Negeri Selangor?

    • Menjadikan komitmen mengekalkan sekurang-kurangnya 30 peratus hutan simpanan kekal daripada keluasan tanah negeri sebagai salah satu strategi di bawah Teras Kelestarian dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1). Sehingga kini, keluasan HSK di negeri Selangor adalah berjumlah 250,987.12 hektar atau bersamaan 31.7% daripada keluasan Negeri Selangor;
    • Mengenalpasti mana-mana kawasan hutan yang berstatus tanah kerajaan, tanah rizab dan tanah berimilik yang berpotensi untuk diwartakan sebagai HSK;
    • Menguatkuasakan Kaedah Penyiasatan Awam (Selangor) 2014 bagi mana-mana kawasan HSK yang ingin dinyahwarta;
    • Mengenakan syarat untuk penggantian kawasan yang lebih setara bagi mana-mana kawasan HSK yang diyahwarta dan proses ini perlu dilaksana secara serentak;dan
    • Membuat kajian mengenalpasti kawasan tanah kerajaan yang berpotensi untuk diwartakan sebagai HSK dalam jajaran CFS dan memelihara Kawasan Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) melibatkan dua koridor Secondary Linkages (SL) iaitu BSL1: HS Raja Musa – HS Bukit Tarek – HS Gading dan BSL2: HS Sg. Lalang – HS Hulu Langat.

Lampiran

Tiada Lampiran.