Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

96) HUTAN SIMPAN KEKAL DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memelihara hutan simpan kekal di Negeri Selangor daripada diceroboh bagi tujuan pembangunan atau penempatan haram?

    Berdasarkan kepada keputusan Majlis Tanah Negara Ke-79, Kerajaan Negeri akan melaksanakan langkah penyelesaian terhadap kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang diceroboh bagi tujuan pembangunan dan penempatan haram dengan tiga (3) kaedah iaitu:-

    i. Tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan dalam Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 dan perundangan lain yang berkuatkuasa;
    ii. Kebenaran kepada aktiviti tertentu melalui Permit Penggunaan untuk suatu tempoh yang terhad; dan
    iii. Pewartaan keluar kawasan penempatan yang wujud dalam HSK tertakluk kepada penggantian kawasan selaras dengan peruntukan seksyen 11 EAPN 1985.

    Sehingga kini, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah mengambil tindakan penguatkuasaan sebanyak 66.38% daripada keseluruhan 3,537.01 hektar keluasan yang dikenalpasti telah diceroboh bagi tujuan pertanian dan penempatan di Negeri Selangor.

  2. Senaraikan hutan simpan kekal di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

    Senarai keseluruhan Hutan Simpanan Kekal di negeri Selangor adalah seperti di Lampiran I.

Lampiran

Tiada Lampiran.