Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
248) HUTAN SIMPAN KEKAL
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang diambil kerajaan ke atas pihak yang menceroboh Hutan Simpan Kekal Rantau Panjang & Bukit Tarek?
Secara umumnya, tindakan yang diambil oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor ke atas mana-mana aktiviti pencerobohan dalam hutan simpanan kekal termasuklah di Hutan Simpan Rantau Panjang dan Hutan Simpan Bukit Tarek adalah seperti berikut:
- Tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan dalam Akta Perhutanan Negara (Akta 313) dan perundangan lain yang berkuatkuasa;
- Kebenaran kepada aktiviti tertentu melalui Permit Penggunaan untuk suatu tempoh yang terhad; dan
iii. Pewartaan keluar kawasan penempatan yang wujud dalam HSK tertakluk kepada penggantian kawasan selaras dengan peruntukan seksyen 11 Akta Perhutanan Negara (Akta 313).
Tindakan ini adalah selaras dengan keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) kali ke-79 pada tahun 2021.