Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
43) HUTAN SIMPAN DI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa keluasan kawasan baru yang digazet sebagai hutan simpan kekal di Negeri Selangor pada tahun 2023?
Sepanjang tahun 2023, Kerajaan Negeri Selangor telah mewartakan sejumlah tiga (3) kawasan tanah kerajaan menjadi kawasan Hutan simpanan Kekal (HSK) yang merangkumi kawasan seluas 556.054hektar. Maklumat pewartaan adalah seperti berikut:-
Bil. Hutan Simpan Tarikh diwartakan No Warta Luas (ha) 1. Semenyih 7.7.2023
3047 31.23
2. Raja Lumu 26.10.2023
3900 38.754
3. Tanjong Duabelas 21.6.2023
3046 486.07
-
Sila nyatakan jenis pokok hutan yang endemik di Negeri Selangor dan apa langkah-langkah yang dirancangkan untuk memeliharanya?
Bagi Negeri Selangor hanya terdapat tiga (3) spesies Dipterokarp berstatus Critically Endangered iaitu Hopea subalata (Merawan kanching), Shorea teysmanniana (Meranti bunga) dan Vatica yeechongii. Ada terdapat enam (6) spesies berstatus Endangered dan 25 spesies berstatus Antara langkah-langkah pemuliharaan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut :
- Mewujudkan kawasan HCVF
- Menubuhkan kawasan Protected Area (PAs) berserta dengan rangkakerja polisi dan perundangannya
- Penyelenggaraan kemandirian pokok tersebut dan pemuliharaan genetik samada melalui pemeliharaan in-situ dan ex-situ.
- Menjadikan pokok tersebut sebagai pokok growth plot atau pokok ibu (kutipan anak benih atau buah)
- Operasi pemuliharaan dan pemeliharaan habitat dan pengurusan secara komprehensif, bersistematik dan bersepadu
- Mewujudkan rangkaian hubungan di antara pemilik tanah atau pihak berkepentingan untuk bersama-sama mengambil bahagian di dalam pemuliharaan ini.
JPNS telah menubuhkan empat (4) kawasan Tinggi Nilai Pemuliharaannya (High Conservation Value Area atau HCV) iaitu di Kompartmen 1,2 & 14 HS Kanching untuk spesies pokok Merawan kanching, Kompartmen 5,HS Semangko untuk spesies pokok Meranti Bukit dan Kompartmen 27, HS Kuala Langat Selatan untuk spesies pokok Merawan bunga . Keluasan kawasan hutan berstatus HCVF adalah berjumlah 39 hektar. Selain itu, pihak JPNS juga telah menubuhkan 12 kawasan Hutan Simpanan Dara (VJR) dengan keluasan keseluruhan hutan berjumlah 2,278 hektar, pihak JPNS telah menjadikan sebahagian pokok yang disenaraikan (di atas) sebagai pokok ibu dan petak growth plot.