Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
329) HUTAN SIMPAN DI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan berapakah jumlah terbaru kawasan hutan simpan Negeri Selangor dengan pecahan statistik daripada tahun 2018 sehingga sekarang.
- Maklumat jumlah keluasan hutan simpanan kekal (HSK) di Selangor dari tahun 2018 adalah seperti berikut:-
Tahun Luas (hektar) 2018 250,208.94 2019 250,207.39 2020 250,207.39 2021 250,250.33 2022 250,250.33 2023 250,739.33 -
Apakah wujud kawasan hutan simpan di Selangor yang telah dinyahgazetkan sejak 10 tahun yang lalu?
Tiada kawasan hutan simpanan kekal wujud setelah dinyahgazetkan. Sekiranya terdapat hutan simpanan kekal yang diwarta semula, kawasan tersebut akan dikenali dengan nama hutan simpanan kekal yang baharu.