Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
67) HUTAN SIMPAN DI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri Selangor sila beri penjelasan tentang status warta hutan simpan yang terkini.
Sehingga kini keseluruhan Hutan Simpanan Kekal di negeri Selangor yang telah diwartakan di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985 adalah berjumlah 250,250.33 ha.
-
Adakah hutan simpan Kuala Langat telah dinyahwartakan untuk pembangunan?
Berdasarkan keputusan Kerajaan Negeri melalui MMKN Ke-8/2022 pada 30 Mac 2022 untuk mewarta semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara, tiada lagi mana-mana kawasan hutan simpan Kuala Langat yang dinyahwartakan untuk pembangunan.