Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
29) HUTAN SIMPAN DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah terkini keluasan hutan simpan di Selangor ?
Sehingga 31 Disember 2015, jumlah keluasan HSK di Negeri Selangor adalah lebih kurang 250,129 hektar iaitu meliputi 31.54% daripada keluasan Negeri Selangor.
-
Nyatakan secara terperinci keluasan hutan simpan yang telah diceroboh untuk kerja-kerja pembangunan dari 2013-2015?
Pada masa kini tiada kawasan Hutan Simpanan Kekal yang diceroboh bagi tujuan kerja-kerja pembangunan bagi tempoh 2013 – 2015. Namun bagi kerja- kerja pembangunan yang dilaksanakan pada masa kini telah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri berdasarkan perundangan dan prosedur-prosedur yang sedang berkuat kuasa dan juga setelah mendapat ulasan teknikal dari agensi-agensi teknikal yang lain. Kerja-kerja pembangunan ini akan diberikan kelulusan secara Permit Penggunaan ataupun HSK tersebut diwarta keluar dan akan dibuat penggantian dengan keluasan yang sama atau lebih secara serentak. Projek-projek pembangunan yang telah diluluskan sejak tahun 2013 – 2015 adalah seperti berikut :
Bil. Nama Projek Keluasan HSK yang terlibat/ penggantian (ha) Catatan 1. Projek Talian Penghantaran Elektrik 275/132kV dari PMU Mahkota Cheras ke PMU Mahkota Cheras Hartamas 45.0 Permit Penggunaan 2. Projek Talian Penghantaran Elektrik 275kV dari PMU Bukit Tarek ke PMU Chubadak 43.0 Permit Penggunaan 3. Projek Talian Penghantaran Elektrik 275kV dari PMU Kg Pandan ke Ampang East 39.0 Permit Penggunaan 4. Projek Lebuhraya EKVE 106.6 dan penggantian seluas 126.0 di Hulu Langat
Telah melalui Proses Penyiasatan Awam JUMLAH 223.6 -
Apakah tindakan yang telah dilakukan terhadap penceroboh hutan simpan berkenaan?
Sekiranya berlaku pencerobohan pihak berkenaan akan dikenakan tindakan selaras dengan peruntukan yang terkandung di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 di bawah Seksyen 32, Seksyen 47(1) dan Seksyen 81(1)(g) bergantung kepada jenis kesalahan yang