Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
238) HUTAN SIMPAN DI DALAM DUN IJOK
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah keluasan hutan simpan di dalam DUN Ijok dan adakah terdapat rancangan meneroka hutan simpan ini pada masa akan datang?
Tiada rekod Hutan Simpanan Kekal di dalam DUN Ijok.
-
Apakah rancangan terkini Jabatan Perhutanan bagi hutan simpan khususnya di dalam DUN Ijok dari sudut pemuliharaan dan pemeliharaan biodiversiti serta kemalaran hutan itu sendiri?
Rancangan terkini Jabatan Perhutanan bagi hutan simpanan kekal dari sudut pemuliharaan dan pemeliharaan biodiversiti serta kemalaran hutan adalah seperti berikut:
- Mengamalkan Dasar Moratorium ke atas Pembalakan dalam HSK selama 25 tahun sejak tahun 2010;
- Menyokong inisiatif untuk menjana hasil baharu negeri melalui Mekanisme Kewangan Hijau (Green Financing Mechanism) seperti Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT), Payment For Ecosystem Services (PES), Carbon Credit dan sebagainya;
- Memperoleh pensijilan pengurusan hutan antarabangsa dengan mematuhi Standard Kriteria dan Petunjuk (Malaysia and Indicators, MC&I) Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management, SFM);
- Menyokong segala dasar dan ketetapan di peringkat persekutuan dan antarabangsa seperti Program Penghijauan Malaysia yang telah dilancarkan melalui Kempen Penanaman 100 juta Pokok bagi tempoh tahun 2021 hingga 2025. Pelaksanaan program ini juga telah disambut baik dengan pelancaran Kempen Penanaman 26 juta pokok di negeri Selangor bermula tahun 2022 hingga 2025 sempena tempoh pemerintahan DYMM Sultan Selangor masa kini.
- Memelihara Kawasan Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) melibatkan dua koridor Secondary Linkages (SL) iaitu BSL1: HS Raja Musa – HS Bukit Tarek – HS Gading dan BSL2: HS Sg. Lalang – HS Hulu Langat;dan
- Meningkatkan aktiviti penguatkuasaan hutan melalui rondaan berkala, operasi bersepadu dan penggunaan teknologi satelit. Elemen penguatkuasan hutan amat penting dalam mencegah kehilangan hasil negeri yang amat bernilai tinggi.