Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

228) HUTAN SIMPAN BAKAU

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah keluasan hutan Bakau yang terdapat di Selangor dan apakah keluasannya yang telah diwartakan.

    Keluasan Hutan Paya Bakau yang terdapat di Negeri Selangor di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) ialah seluas 18,088.80 hektar (82%) dan di luar hutan simpan adalah ± 4,000 (18%). Keseluruhan keluasan Hutan Paya Bakau adalah kira-kira 22,088 hektar.

  2. Apakah rancangan kerajaan Selangor dalam pemeliharaan dan pemuliharaan hutan bakau di Negeri Selangor?

    (i) Hutan Paya Bakau di Negeri Selangor sentiasa dipelihara antaranya untuk menangani kawasan pesisiran pantai yang berlaku ancaman hakisan pantai. Setiap tahun kerja-kerja penanaman kawasan pesisiran pantai dengan spesies bakau telah ditentukan oleh pihak Jabatan.  Sejak 1990 sehingga sekarang terdapat lebih 500 ha kawasan persisiran pantai telah ditanam dengan bakau.  Dalam tahun 2009 sahaja, seluas 33 ha kawasan pantai telah ditanam dengan bakau yang terdiri daripada kawasan HSK dan Tanah Kerajaan.  Kawasan yang telah ditanam dengan bakau di dalam dan luar HSK pada tahun 2009 ialah seperti berikut:-

     

    Bil. Nama HSK / TK Luas
     

    1.

     

    2.

     

    3.

     

    4.

     

    Hutan Simpan Banjar Utara, Kuala Selangor

     

    Hutan Simpan Telok Gedong

     

    Hutan Simpan Kuala Bernam

     

    Tanjong Gabong, Banting

     

    9 ha

     

    8 ha

     

    6 ha

     

    10 ha

     

        33 ha

     

    (ii) JPNS juga telah mengadakan  Rancangan Pengurusan Hutan Paya Laut  Negeri Selangor bagi tempoh 2006 – 2015 untuk tujuan menguruskan hutan paya laut ini secara lebih teratur dan menepati objektif yang dikehendaki. Bagi memastikan langkah pemeliharaan secara lestari, kawasan hutan paya laut telah dikelaskan kepada dua kategori iaitu hutan perlindungan dan hutan pengeluaran  di mana kawasan hutan perlindungan meliputi 95% daripada keluasan kawasan yang telah diwartakan sebagai HSK.

  3. Apakah tindakan yang diambil untuk memulihara kawasan hutan bakau di persisiran Kuala Selangor?

    Selain dari menjadikan kawasan Hutan Simpanan Kekal Hutan Paya Bakau sebagai hutan perlindungan, JPNS melaksanakan kerja-kerja menanam di persisiran pantai khususnya dengan spesies bakau. Pada tahun 2009 sahaja seluas 33 hektar telah ditanam dengan pokok Bakau.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.