Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
146) HUTAN SIMPAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor serius dalam memelihara hutan simpan?
Kerajaan Negeri Selangor adalah sentiasa serius dan komited untuk memelihara Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri Selangor. Di antara komitmen-komitmen yang telah dizahirkan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:-
- Mengekal dan meningkatkan kawasan HSK tidak kurang 30% daripada keluasan tanah negeri selaras dengan keputusan MMKN Ke-45/2014 bertarikh 19 November 2014.
- Melaksanakan Dasar Moratorium Ke Atas Pembalakan selama tempoh 25 tahun melibatkan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan hutan Tanah Kerajaan sejak tahun 2010.
- Menambah baik Seksyen 11, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985 dengan memasukkan proviso “semua pengeluaran Hutan Simpanan Kekal perlu melalui Kaedah Penyiasatan Awam”. Sebagai makluman, negeri Selangor adalah merupakan negeri pertama dan satu-satunya negeri di Malaysia yang telah menguatkuasakan Kaedah Penyiasatan Awam sebagai syarat di dalam prosedur penyahwartaan Hutan Simpanan Kekal (HSK).
-
Setakat hari ini, berapa ekar hutan simpan yang telah dibangunkan untuk pembangunan?