Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

24) HUTAN RIZAB DAN HUTAN SIMPAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa keluasan liputan hutan simpan dalam negeri Selangor dalam julat masa 2000- 2007?

    Keluasan kawasan hutan simpanan kekal pada tahun 2000 adalah seluas
    235,312 ha manakala keluasan hutan simpanan kekal pada tahun 2007 adalah
    seluas 241,568.30 ha. Ini merupakan peningkatan sebanyak 6,256.3 ha (2.6%)
    berbanding tahun 2000.

  2. Berapakah keluasan hutan simpanan dan hutan simpanan kekal yang telah digazet semula untuk tukar syarat guna tanah dalam tempoh masa 2000-2007?

    Semenjak tahun 2000 sehingga kini terdapat seluas 5,137 ha kawasan hutan
    simpanan kekal yang telah di warta keluar (bertukar status).

  3. Apakah nama syarikat dan individu yang telah diberi hak pemilikan bagi tanah hutan simpanan yang ditukar syarat guna tanah tersebut?

    Kawasan-kawasan yang diwartakan keluar adalah untuk tujuan pembangunan
    tanah seperti tanaman kelapa sawit, FELDA, tanah milik FRIM dan pembangunan bercampur. Pihak Jabatan tidak mempunyai rekod pihak-pihak
    yang diluluskan projek bagi kawasan-kawasanhutan simpanan kekal yang telah
    diwartakan keluar.

Lampiran

Tiada Lampiran.