Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
101) HUTAN PAYA BAKAU KAMPUNG TELOK GONG, PELABUHAN KLANG
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini isu penukaran zon guna tanah ekologi hijau hutan simpan paya bakau seluas 200 ekar yang dibuat oleh Jabatan Perancang, Majlis Perbandaran Klang di Kampung Telok Gong?
Merujuk kepada Mesyuarat Khas yang diadakan pada 24 Mac 2022 yang telah di pengerusikan oleh Y.A.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah memohon pendirian MPK berkenaan cadangan pindaan semula zon gunatanah daripada zon industri kepada zon ekologi. Yang Dipertua MPK memaklumkan pindaan zon ini boleh dipertimbangkan bagi kedua-dua plot tersebut bagi mengambil kira fungsi ekologi adalah sebagai tebatan banjir dan menghalang air laut untuk melimpah ke kawasan daratan. Y.A.B. Dato’ SUK memohon PTD Klang untuk menyediakan kertas cadangan untuk dirujuk ke Mesyuarat MTES.