Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

66) HUTAN LIPUR SUNGAI CONGKAK

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah penaiktarafan yang telah dilakukan oleh kerajaan kepada kawasan Pusat Rekreasi Sungai Congkak?

    Untuk makluman, Taman Eko Rimba Chongkak Park & Resort, Hulu Langat di bawah seliaan Tourism Selangor Sdn Bhd telah menjalankan proses meroboh kemudahan-kemudahan dan chalet lama yang telah uzur dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor yang telah dijalankan pada 14 Februari 2022 sehingga 21 April 2022.

    Ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor sedang dalam usaha untuk bekerjasama dengan syarikat pelabur yang berkelayakan bagi pembangunan semula kawasan Taman Eko Rimba Chongkak Park & Resort (TERC), Hulu Langat menjadi sebuah produk pelancongan bertaraf antarabangsa.

    Bagi tujuan ini, pihak Tourism Selangor kini sedang dalam peringkat mendapatkan kelulusan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) untuk menentukan syarikat pelabur atau ‘Strategic Partner’ bagi pembangunan Taman Eko Rimba Chongkak Park & Resort, Hulu Langat sebagai produk eko pelancongan bernilai tinggi yang mampu menarik  pelancong dari dalam mahupun luar negara.

Lampiran

Tiada Lampiran.