Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
267) HUTAN LIPUR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila namakan hutan lipur di seluruh Selangor menurut daerah
Berikut adalah senarai hutan lipur yang terdapat di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor mengikut DUN dan daerah:
Bil. Senarai Hutan Lipur DUN Daerah Pengurusan 1. Air Terjun Sungai Gabai Dusun Tua Hulu Langat JKKK Kg. Sg. Gabai 2. HL Gunung Nuang Dusun Tua Hulu Langat JPNS 3. HL Kanching Taman Templer Gombak Tourism Selangor Sdn. Bhd. 4. HL Sungai Congkak Dusun Tua Hulu Langat Tourism Selangor Sdn. Bhd. 5. HL Sungai Sendat Batang Kali Hulu Selangor JPNS 6. HL Sungai Tekala Semenyih Hulu Langat JPNS 7. HL Sungai Tua Batu Caves Gombak JPNS 8. Taman Rimba Ampang Lembah Jaya Hulu Langat JPNS 9. Taman Rimba Komanwel Taman Templer Gombak JPNS / Tourism Selangor Sdn. Bhd. 10. Taman Rimba Templer Taman Templer Gombak Majlis Perbandaran Selayang -
Apakah sumbangan hutan lipur kepada pembangunan sosio-ekonomi Selangor?
Sumber semulajadi yang terdapat di hutan lipur berupaya menarik minat masyarakat menikmati keindahan alam semulajadi seperti sungai yang jernih, air terjun, gunung, flora dan fauna serta alam sekitar yang bersih dan nyaman. Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dan agensi-agensi lain yang terlibat dalam mengurus dan memajukan hutan lipur ini bukan sahaja menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada masyarakat malah ia juga memberikan faedah yang tidak ternilai dari aspek penghayatan alam semulajadi. Para pengunjung khususnya yang tinggal di bandar akan menggunakan hutan lipur dan taman rekreasi ini untuk berehat, bersantai, beriadah, berkelah dan lain-lain aktiviti rekreasi sebagai salah satu tempat untuk melepaskan keletihan di samping dapat meningkatkan keupayaan diri setelah penat
JPNS telah menyediakan kemudahan dan infrastruktur seperti kiosk, gerai makanan, chalet, tandas dan tempat letak kereta di hutan lipur dan taman rekreasi di bawah seliaan jabatan. Di samping itu, ia juga turut memberi peluang kepada pengusaha tempatan menjana pendapatan tambahan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat khususnya dalam sektor pelancongan negeri selaras dengan hasrat dan objektif JPNS untuk menjadi peneraju di dalam Pengurusan Hutan Lipur yang terbaik di Negeri Selangor.
-
Berapakah jumlah hasil pendapatan daripada hutan-hutan seluruh Selangor menurut daerah?
Jumlah hasil kutipan daripada bayaran tiket masuk dan sewaan pelbagai kemudahan bagi keseluruhan hutan lipur di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor adalah seperti berikut:
BIL
HUTAN LIPUR
DUN
DAERAH
KUTIPAN HASIL (RM) 2013 2014 2015 1. Hutan Lipur Gunung Nuang Dusun Tua Hulu Langat 26,287.50 31,345.00 39,024.50 2. Hutan Lipur Sungai Sendat Batang Kali Hulu Selangor 65,467.00 84,813.60 29,658.70 3. Hutan Lipur Sungai Tekala Semenyih Hulu Langat 65,035.50 60,553.00 13,666.00 4. Hutan Lipur Sungai Tua Batu Caves Gombak 73,477.40 80,645.90 69,887.50 5. Taman Rimba Ampang Lembah Jaya Hulu Langat 16,423.00 16,871.50 14,701.00 6. Taman Rimba Komanwel Taman Templer Gombak 4,725.50 9,433.50 3,993.50 JUMLAH (RM) 251,415.90 283,662.50 170,931.20